Sistem kardiovaskular terdiri daripada :
- jantung
- saluran darah
- penghantar
- pengeluar
- pengangkut
- pengekal
- penghalang
Sistem peredaran darah manusia adalah jenis sistem peredaran darah tertutup. Sistem peredaran darah manusia terbahagi kepada dua sistem iaitu:
- Sistem peredaran pulmonari
- Sistem peredaran sistemik
Jenis-jenis latihan yang meningkatkan daya tahan kardiovaskular
- Larian Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance-LSD)
- Latihan Senamrobik
- Latihan Fartlek
Latihan-latihan daya tahan kardiovaskular dapat menghindarkan diri daripada penyakit kardiovaskular.
Kesan latihan daya tahan kardiovaskular, ialah:
- pertambahan saiz ruang jantung
- pertambahan ketebalan dinding jantung
- pertambahan keanjalan otot jantung
- pertambahan jaringan kapilari darah di otot.
- lebih banyak darah beroksigen dapat dibekalkan oleh jantung untuk kegunaan tubuh badan.
Aspek-aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti Daya Tahan Kardiovaskular.
- melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan sebelum daan selepas latihan.
- menentukan KNL dengan menggunakan kaedah Karvonen
- meningkatkan jarak dan tempoh masa larian secara progresif dengan kelajuan yang sederhana.
- memaklumkan masalah kesihatan kepada jurulatih.
- memakai pakaian dan kasut yang sesuai.
3 comments:
nota yang ringkas dan padat..tq atas perkongsian...
Nice...
boleh tahan
Post a Comment