1. Kekuatan otot bermaksud kemampuan otot atau sekumpulan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi rintangan.
2. Kekuatan adalah faktor penting dalam kegiatan fizikal kerana mereka yang mempunyai kekuatan akan dapat melakukan kerja dengan lebih berkesan.
3. Daya tahan otot akan menggunakan latihan bebanan yang rendah dengan ulangan yang banyak, tetapi kekuatan otot pula akan menggunakan bebanan yang tinggi dengan ulangan yang rendah.
4. Antara latihan yang dapat meningkatkan kekuatan otot ialah :
a) Aktiviti separa cangkung (Half Squat)
b) Memanjat tali
c) Tekan tubi condong (Declined push-up)
5. Latihan kekuatan boleh dilakukan dengan menggunakan bebanan atau tanpa bebanan.
6. Pernafasan adalah penting dalam gerak kerja melakukan bebanan.
7. Kita perlu sedut (inhale) semasa menurunkan bebanan dan hembus (exhale) semasa mengangkat bebanan.
8. Cara pernafasan yang betul dapat mengelak daripada berlakunya kemalangan.
9. Aspek-aspek keselamatan dalam melakukan latihan kekuatan otot ialah :
a) Lakukan senaman kalistenik memanaskan badan sebelum melakukan latihan bebanan.
b) Lakukan senaman regangan secara spesifik dengan bebanan yang ringan.
c) Periksa alatan sebelum digunakan.
d) Susun semua alatan ditempat yang dikhaskan selepas digunakan.
e) Pastikan peredaran udara adalah baik.
f) Permukaan lantai hendaklah berlapik untuk menyerap daya.
g) Pastikan bilangan pengguna yang menggunakan alatan berkadar dengan ruang.
h) Utamakan kebersihan peralatan dengan menggunakan semburan antiseptik dan tuala yang bersih.
10. Kesan dan faedah latihan kekuatan otot ialah :
a) Meningkatkan saiz dan kekuatan otot.
b) Membantu melakukan pergerakan eksplosif.
c) Mengawal imbangan dan kestabilan badan.
d) Membina postur yang baik.
e) Menambah ketumpatan mineral dalam tulang.
f) Mengurangkan sakit pinggang atau sakit belakang.
g) Mengelakkan kecederaan.
No comments:
Post a Comment