Search This Blog

Sunday, February 10, 2013

Tingkatan 4 : Daya Tahan Otot

1. Daya tahan otot ialah keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan kerja secara berulang-ulang atau berterusan dalam jangka masa yang panjang.
2. Daya tahan otot terbahagi kepada dua iaitu daya tahan otot statik dan daya tahan otot dinamik.
3. Daya tahan otot statik ialah kebolehan otot untuk mengekalkan kontraksi pada jangka waktu yang panjang pada kedudukan tetap dan pegun. Daya tahan otot jenis ini juga lebih dikenali sebagai isometrik.
4. Daya tahan otot dinamik ialah kebolehan otot untuk menguncup dan memanjang secara berulang-ulang. Daya tahan otot dinamik terbahagi kepada dua iaitu isotonik dan isokinetik.
5. Contoh aktiviti rintangan untuk daya tahan otot adalah seperti tekan tubi, bangun tubi, mendagu, naik turun bangku, lompat selang-seli dan lompat kanggaru.
6. Latihan bebanan, kalistenik, isotonik, isometrik dan beberapa aktiviti seperti berlari, berenang dan senamrobik berupaya meningkatkan daya tahan otot.
 7. Latihan Daya Tahan Otot

Jenis KontraksiDefinisiContohKelebihan
IsotonikLatihan yang melibatkan kontraksi fiber otot memendek dengan ketegangan berbeza semasa mengangkat beban yang tetap.Abdominal Crunch* memberi lebih kekuatan daripada isometrik. * baik untuk koordinasi. * cepat pulih daripada lesu. * baik untuk melatih imbangan.
IsometrikLatihan yang melibatkan kontraksi statik dengan fiber otot tidak memanjang dan tidak memendek serta sendi tidak mengalami julat pergerakan.Tarik Tuala* boleh dilakukan diruang sempit. * tidak memerlukan alat. * baik untuk pemulihan otot.
IsokinetikLatihan isotonik dengan menggunakan peralatan atau mesin yang menetapkan halaju sekata pergerakan.Sama seperti latihan isotonik tetapi menggunakan peralatan khas yang dapat mengawal kelajuan pergerakan.* baik untuk latihan kekuatan. * baik untuk pemulihan kecederaan otot.
8.Antara kesan latihan daya tahan otot ialah :
   a) kerja-kerja boleh dilakukan dengan lebih banyak dan kerja menjadi lebih efisien.
   b) risiko kepada kecederaan otot ketika berkerja dan bersukan dapat dikurangkan.
   c) dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang atlit.
   d) meningkatkan atau memperbaiki kebolehan dalam menghadapi kecemasan.

3 comments:

Unknown said...

TERBAIK

Unknown said...

Mantap

Unknown said...

Aktiviti bangkit tubi dapat membina daya tahan otot di bahagian?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...