2. Daya tahan otot terbahagi kepada dua iaitu daya tahan otot statik dan daya tahan otot dinamik.
3. Daya tahan otot statik ialah kebolehan otot untuk mengekalkan kontraksi pada jangka waktu yang panjang pada kedudukan tetap dan pegun. Daya tahan otot jenis ini juga lebih dikenali sebagai isometrik.
4. Daya tahan otot dinamik ialah kebolehan otot untuk menguncup dan memanjang secara berulang-ulang. Daya tahan otot dinamik terbahagi kepada dua iaitu isotonik dan isokinetik.
5. Contoh aktiviti rintangan untuk daya tahan otot adalah seperti tekan tubi, bangun tubi, mendagu, naik turun bangku, lompat selang-seli dan lompat kanggaru.
6. Latihan bebanan, kalistenik, isotonik, isometrik dan beberapa aktiviti seperti berlari, berenang dan senamrobik berupaya meningkatkan daya tahan otot.
7. Latihan Daya Tahan Otot
Jenis Kontraksi | Definisi | Contoh | Kelebihan |
---|---|---|---|
Isotonik | Latihan yang melibatkan kontraksi fiber otot memendek dengan ketegangan berbeza semasa mengangkat beban yang tetap. | Abdominal Crunch | * memberi lebih kekuatan daripada isometrik. * baik untuk koordinasi. * cepat pulih daripada lesu. * baik untuk melatih imbangan. |
Isometrik | Latihan yang melibatkan kontraksi statik dengan fiber otot tidak memanjang dan tidak memendek serta sendi tidak mengalami julat pergerakan. | Tarik Tuala | * boleh dilakukan diruang sempit. * tidak memerlukan alat. * baik untuk pemulihan otot. |
Isokinetik | Latihan isotonik dengan menggunakan peralatan atau mesin yang menetapkan halaju sekata pergerakan. | Sama seperti latihan isotonik tetapi menggunakan peralatan khas yang dapat mengawal kelajuan pergerakan. | * baik untuk latihan kekuatan. * baik untuk pemulihan kecederaan otot. |
a) kerja-kerja boleh dilakukan dengan lebih banyak dan kerja menjadi lebih efisien.
b) risiko kepada kecederaan otot ketika berkerja dan bersukan dapat dikurangkan.
c) dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang atlit.
d) meningkatkan atau memperbaiki kebolehan dalam menghadapi kecemasan.
3 comments:
TERBAIK
Mantap
Aktiviti bangkit tubi dapat membina daya tahan otot di bahagian?
Post a Comment